Dec 14, 2011

AFTER CURED

Em. Aku busy. Busy ketandusan idea. Nak update gali gali topik tak dapat. La ni aku update pun sebab terlalu banyak masa. Dah almost 2weeks aku demam. Sekarang baik dah. Alhamdulilah. Teruk lah jugak. Eeiii takut. Taknak dah sakit-sakit ni. Eeeii eeeiii hahah.

Okay dah boleh stop gelak. I'm here to say that kolej dah nak start. Gila ke apa? Sekejap gila cuti. Boleh jadi gila tau naik cepat sangat. Rupanya sekejap je aku kat rumah ni ye. Lepas ni aku akan tidur berlatarkan suara-suara yang merdu memekak sana sini, ketawa hu ha hu ha. Oh sweetnya.

Sedang aku mengira jumlah hari, bilanya aku nak shooting? Bila aku nak cari actor? Portfolio aku macamana? alahai. Punyalah cukup masa tapi tak terbuat. Bukan apa, malas nak keluar rumah. Malas ke? eh teruk. Teruk sangat. Feel sorry to him. We'll make it soon okay? Promise.

Eh, amacam ongbak rindu? Mesti best kan? How many stars do you vote? 5? 6? 7? SevenUp? SevenEleven? No. It was a joke. Pity me. AKU TAK TENGOK LAGI KOT ONGBAK RINDU TU.
Tolong jangan cakap cerita tu tak best. 



Dec 7, 2011

-


Tingginya sebanyak 155cm. Dia merasa dialah orang yang paling tinggi tapi hakikatnya dia seorang yang sedang-sedang. Yang sedang-sedang saja pun boleh. Pendek-pendek dia jangan disangka tidak berbisa. 
-hissing

Seorang kuat perindu. Perindu kepada orang sekelilingnya. Perindu kepada buah hatinya. Yang dekat, semakin hampir. Hampir lagi sikit. Suka lettew buah hati dekat. Cuti ni dia gembira. Masanya dihabiskan bersama keluarga serta buah hatinya. Sikit-sikit buah hati. Berapa kali nak ulang? Lantak.

3 weeks left. Kolej dah panggil. Lepasni duduk rumah kedua. Bosannya. Hah baguslah dah nak habis. 2012 habis. 2013 praktikal. Dah boleh lompat tikam bumi. Hebatnya nak tikam bumi kalau boleh. 

Dec 5, 2011

-

DJ put that record on, thats my song, thats my shit. Lalalala. 3 hours aku dengar lagu ni berulang kali. Sorry bukan apa. Aku memang minat. Herher susahnya lahai nak lelap sejak sejak cuti semester bermula ni. Hamboi baku betul. This isn't typical okay. Satu hari ni aku stay all the time kat rumah. Bosan? herherher sikit. Ramai tetamu datang. Yelah my mom was going back from Makkah. Tu yang jadi tukar bancuh.

1.12AM :

Kosong.

Aku harap esok hari lagi best dari hari ni.

Dec 4, 2011

-

Kadang-kadang hidup kita ni kan kalau nak dibandingkan dengan orang lain berbeza sangat. Setiap manusia tu, Allah kurniakan 1 atau 2 atau lebih kekurangan mahupun kelebihan dalam setiap diri manusia tu sendiri. Kita as a human ni, susah sangat nak merasa bersyukur dengan apa yang kita lihat dan ada untuk diri kita.Sekarang. Aku manusia. Yang kat luar-luar semua tu manusia. Memang betul dalam hidup ni, manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Besar atau kecik itu bergantung pada individu tu sendiri. Tapi zaman sekarang, manusia melayan kaumnya iaitu manusia juga seperti binatang. Secara kasar, maaf kata macam anjing. Manusia dan binatang disamakan tarafnya.

Dunia dah nak akhir zaman. Macam-macam dah petanda. Manusia? Sedar tak sedar jelah. So aku. Aku post sedikit sebanyak ni pun untuk kesedaran aku. Aku sendiri tak lari dari membuat kesilapan. Hari ni aku sedar. Esok aku buat lagi. Syaitan pun bertepuk tangan dengan tingkah laku aku dan manusia kat luar tu. JIKA tindakan untuk salah dan berdosa.

Salam Maghrib.