Dec 4, 2011

-

Kadang-kadang hidup kita ni kan kalau nak dibandingkan dengan orang lain berbeza sangat. Setiap manusia tu, Allah kurniakan 1 atau 2 atau lebih kekurangan mahupun kelebihan dalam setiap diri manusia tu sendiri. Kita as a human ni, susah sangat nak merasa bersyukur dengan apa yang kita lihat dan ada untuk diri kita.Sekarang. Aku manusia. Yang kat luar-luar semua tu manusia. Memang betul dalam hidup ni, manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Besar atau kecik itu bergantung pada individu tu sendiri. Tapi zaman sekarang, manusia melayan kaumnya iaitu manusia juga seperti binatang. Secara kasar, maaf kata macam anjing. Manusia dan binatang disamakan tarafnya.

Dunia dah nak akhir zaman. Macam-macam dah petanda. Manusia? Sedar tak sedar jelah. So aku. Aku post sedikit sebanyak ni pun untuk kesedaran aku. Aku sendiri tak lari dari membuat kesilapan. Hari ni aku sedar. Esok aku buat lagi. Syaitan pun bertepuk tangan dengan tingkah laku aku dan manusia kat luar tu. JIKA tindakan untuk salah dan berdosa.

Salam Maghrib.

0 ily fyn:

Post a Comment